Bab 1
AKU melangkah perlahan keluar dari bilik yang paling aku
takuti selepas memegang gelaran isteri. Walaupun hati aku rasa sedikit lega
selepas keputusan yang dikeluarkan namun dalam masa yang sama aku merasakan
kehilangan yang amat besar.
Dua tahun lebih aku memegang status isteri yang sah kepada
Aiman Hakim, namun gelaran itu telah digugat sejak tiga bulan lepas selepas Aiman
Hakim membawa kejutan yang tidak disangka ketika ulang tahun perkahwinan kami.
Ketika itulah aku berjumpa dengan gadis yang telah dikahwininya atau madu aku.
Peristiwa tersebut masih segar dalam fikiran Shahira dan
disebabkan itulah Shahira membuat keputusan untuk diminta dilepaskan secara
fasakh bukanlah kerana tidak rela dimadukan tetapi perubahan sikap Aiman yang
makin mengasari aku secara fizikal dan mental.
“Shahira tunggu.” Suara itulah yang telah melepaskan talak
satu disaksikan hakim dan orang yang hadir didalam makamah.
Shahira yang melangkah laju memelahankan langkahnya sambil
menunggu Aiman Hakim datang kepadanya. Shahira bukannya mengharapkan pujuk rayu
tetapi memberi peluang yang terakhir bagi Aiman untik menjelaskan segalanya
buat kali terakhirnya. Tekad Shahira.
“Shahira abang minta maaf. Abang terpaksa membuat semua ini
tetapi Shahira tidak pernah memberi peluang kepada abang untuk menjelaskan apa
yang sebenarnya berlaku.”
Shahira merenung mata Aiman mencari keiklasan. Mungkin benar
Aiman merayu pada aku namun hati aku telah menjadi keras daripada batu apabila
mengenangkan kelakuan dan layanan Aiman dan madunya terhadap Shahira.
“Kita sudah bercerai secara sah. Saya minta awak tidak
meganggu saya lagi.” Dahi Aiman mengerut apabila tiada lagi panggilan abang.
Tahulah Aiman bahawa Shahira memang tekad dangan keputusannya.
Aiman melihat dari jauh kelibat Shahira yang menuju ke
keretanya selepas memberi salam.
KINI Shahira hanya tinggal sebatang kara tanpa sesiapa
termasuklah ibu bapanya yang telah meninggal setahun lepas dalam kemalangan
jalan raya. Adiknya Mashitah tidak mendengar khabar berita sejak kecil kerana
telah hilang tanpa dikesan. Tidak tahu sama ada hidup atau telah meninggal
dunia.
Aku perlu kuat untuk mengharungi hari mendatang. Jangan
disebabkan masalah yang dihadapai sekarang ini menghalang kerjayaan yang
dipegang sekarang. Mungkin selepas ini boleh lebih focus kepada perniagaan yang
sedang diusahakannya bersama kawan baiknya Suhaila.
Hari ini Shahira kembali bekarja selepas mengambil cuti dua
hari. Shahira kini menetap seorang diri di rumah dua tingkat berhampiran dangan
Uitm Shah Alam yang dibeli sejak 5 tahun dahulu.
Perut terasa lapar dan diminta untuk diisi segera kerana tidak sarapan terlebih dahulu di
rumah. Kalau pekena nasi kerabu Mek Mah sedap juga. Perjalanan ke pejabat di
Syeksen 7 diubah ke kedai Mek Mah yang terletak disebelah Jekal Shah Alam.
Selesai membungkus makanan, Shahira melangkah ke arah
keretanya yang diparking betul-betul di hadapan kedai makan Mek Mah. Niat untuk
membuka pintu terbantut apabila melihat sebuah kereta Satra Neo yang menghalang
separuh dari keretanya. Kepala Shahira dipusingkan ke kanan dan kiri mencari
tuan kereta Satra Neo itu.
Lima minit berlalu namun tiada langsung kelibat tuan kereta
berwarna hitam itu. Hati Shahira mula berapi kerana menunggu. Dia ingat aku ini
tak ada kerja lain ke nak menunggu dia. Tangan Shahira mula ligat mencari
kertas didalam beg tangannya dan mengapai pen hitam.
PASTIKAN ANDA TIDAK
MENGHALANG KENDERAAN LAIN. HARAP PAHAM DENGAN SITUASI SAYA.
Selesai menulisnya Shahira terus meninggalkan keretanya dan
melangkah laju ke butiknya yang terletak di hujung bangunan kedai makan Mek
Mah. Walaupun hanya selang 7 kedai, namun langkahnya diselami dengan perasaan
marah dan sakit hati.
Siaplah kalau aku kenal siapa punya kereta yang kurang ajar itu. Tidak
smpai 15 minit, Shahira sampai ke butiknya yang telah dibuka. Hafiz dan Suhaila
tidak berani menegur bos mereka seperti selalu selepas melihat muka marah
Shahira.
Shahira mencampakkan beg tangannya ke atas kerusi dan meletakkan
makanan yang dibeli tadi diatas meja kerjanya. Hilang terus seleranya untuk
melantak pagi ini apabila mengingatkan balik kejadian tadi.
“Masuk.” Suruh Shahira selepas mendengar ketukan pintu dari luar.
“Bos ada orang nak jumpa”.
“Siapa?” tanya Shahira meminta kepastian. Setahunya pagi ini tiada
apa-apa temu janji sehingga pukul 2.00 petang di Bangi.
“Saya pun tidak pasti tetapi dia cakap dia kenal bos.”jelas
Suhaila kerana bimbang dimarah semula kerana tidak mengambil semua maklumat
yang pernting iaitu nama.
“Okay sekejap lagi saya keluar. Awak bagi dia duduk dululah.”
Shahira bangun dari kerusinya dan terus mencabut kasut tumit hitamnya dan
menyarung selipar yang disediakan dibawah meja dan melangkah keluar dari
pejabatnya.
“Boleh saya tolong encik?” tanya Shahira sopan.
“Saya mahu tanya nama cik ini Nur Shahira Moktar betul?”
“Betul saya Nur Shahira Moktar. Boleh saya bantu?” tanya Shahira
sekali lagi.
“Shira kau tak kenal aku ke?” soalan Shahira itu dibiarkan
tenggelam dengan soalan yang baru.
“Maaf encik saya tidak kenal encik. Boleh saya tahu nama encik”
minta Shahira apabila melihat pemuda itu seperti beria-ia mengenali dirinya.
“Ya Allah, takkan tak ingat saya. Saya Kamal Fikri aka Pikie. Kita dulu pernah satu kelas and
duduk satu asrama waktu tingkatan 4 dengan 5.” Tujuaan sebenar Fikri terbatal
apabila betul tekaannya yang si gadis ini adalah gadis yang dikenalinya dulu
“Oo Fikri. Aku ingat. Mana kau tahu aku dekat sini? Lagupun kita
tidak pernah jumpa selepas habis sekolah”. Wajah Shahira menunjukkan rasa
gembira apabila mengingatkan kembali kenangan waktu zaman sekolahnya. Hafiz dan
Suhaila makin tertanya siapakah pemuda yang boleh ketogorikan menawan itu.
“Aku pun dah lupa tadi kenapa aku datang sini. Nasib baik kau
tanya aku balik. Sebenarnya aku nak bagi ini tadi.”Fikri mengeluarkan sekeping
kertas putih yang bertulis.
“Kau rupanya yang haling kereta aku tadi. Bukan main lama lagi aku
menunggu tuan kereta datang tapi tak nampak juga muncungnya.” Kata-kata Shahira
membuatkan Fikri tersenyum lebar kerana
rindu mendengar ayat-ayat marah Shahira.
“Itulah. Aku nak datang mintak maaf sebenarnya sebab bukan aku sengaja
pun tinggalkan lama kereta aku. Tapi biasalah dah nama pun pagi so panggilan ke
tandas itu pun datang. Sebab itu aku tak keluar-keluar dari kedai Mek Mah.” Kali
ini Shahira pula mengukirkan semyuman yang manis kepada Fikri. Dia faham benar
dengan sikap dan tabiat si Fikri ini.
“So kalau sekarang kau nak ambik kereta kau balik bolehlah.”
Shahira menganggukan kepala dan masuk semula ke dalam pejabat untuk mengambil
kunci keratanya.
“Hafiz, Suhaila saya pergi ambil kereta saya sekejap. Kalau ada
apa-apa hal penting call sahaja. Saya bawa telefon sekali.” Hafiz menunjukkan
tanda ok dengan jarinya. Walaupun Hafiz seorang yang gila-gila tetapi apabila
melibatkan kerja dia mengambil serius walaupun dalam hal yang kecil.
Perjalanan kami diselangi dengan kenangan sekolah dan penuh gelak
ketawa serta menukar no telefon masing-masing. Walaupun sedikit jauh keratanya
namun langkahnya terasa besar kerana tanpa sedar mereka telah pun berada di
parking lot.
“Okaylah Shahira aku ini pun dah lambat sebenarnya nak pergi
kerja. Next time kalau ada masa aku masej kau dan bolehlah kita keluar pergi
makan.” Kata Fikri sambil membuka pintu keretanya yang masih tidak dialih. Selepas
Fikri memberi salam, dia terus masuk keretanya dan memecut laju.
Shahira sedikit lega apabila peristiwa lama tidak diungkit. Walaupun
salah faham itu berlaku 12 tahun dahulu namun peristiwa itu seperti berlaku
semalam. Minta pertemuan kali ini tiada lagi salah faham dan peristiwa lalu
tidak berulang lagi.
BERSAMBUNG....
"sekiranya anda masih berminat dengan sambungan cerita ini bolehlah tulis diruang komen"
No comments:
Post a Comment