Sunday, March 17, 2013

Who is Stephen Hawking?



SIAPA STEPHEN HAWKING?
Hawking dianggap sebagai manusia yang paling hebat dan genius dalam dunia moden. Beliau merupakan seorang Profesor Lucas untuk matematik di Univercity Cambridge. Walaupun beliau mengelamiketidak upayaan kekal dan kelumpuhan dari leher ke bawah yang diakibatkan oleh sklerosis lateralamiotrofik (ALS) iaitu sejenis penyakit neuron motor namun Hawking telah mencapai nama sebagai ahli akedemik termasyur.

BIDANG PENYELIDIKAN
Hawking memberi tumpuan kepada bidang fizik dan matematik
setelah bakatnya yang menonjol sejak kecil lagi dan ketika umur beliau 11 tahun, Hawking menghadiri Sekolah St. Albans di Hertfordshire sebelum memasuki Universiti Oxford.

Hawking menkhususkan penyelidikannya dalam bidang kosmologi teori, gravity kuantum dan teori string. Walaupun perkara itu adalah terlalu besar bebannya kepada kita manusia biasa, namun beliau mengaku bahawa misteri di dunia ini yang paling besar adalah mengenai seorang wanita. walau pun beliau tahu teori Letupan Besar (Big Bang) yang berlaku di angkasa, beliau tetap binggung dengan seorng wanita.

PENYAKIT
Doktor-doktornya mengatakan bahawa beliau tidak akan hidup melebihi dua atau tiga tahun, beliau bejuang dan mampu hidup jauh lebih lama walaupun mustahil. Bagaimana pun tidak dinafikan keadaan beliau semakin buruk dari hari ke hari.

Beliau menggunakan pensintesis suara untuk berhubung sejak menjalani trakeostomi pada tahun 1985 kesan daripada pneumonia yang teruk. Beliau beransur-ansur hilang keupayaan untuk menggunakan lengan, kaki dan suaranya.

PENULISAN
Beliau juga berjaya menulis beberapa buku yang mendapat sambuat hangat di seluruh dunia antaranya ialah A Brief History of Time dan The Universe in a Nutshell.

No comments:

Post a Comment