Monday, March 18, 2013

Pigmentasi/ kehitaman memalukan


Tompok kehitaman atau pigmentasi sememangnya sering berlaku di bahagian kemaluan, punggung celah pangkal paha atau bahagian lain yang terselindung. Pigmentasi berlaku dalam dua keadaan iaitu terjadi secara semula jadi dan ada yang berlaku akibat keradangan daripada jangkitan kuman atau kulat.

TANDA
Pada peringkat permulaan, keradangan ditandai dengan kulit kemerahan, berasagatal dan terasa pedih akibat daripada luka garuan. Jangkitan kuman yang ada di bahagian ini menyababkan kegatalan dan menyebabkan anda sentiasa menggaru pada bahagian itu.

Bahagian garuan itu akan melecet yang boleh menyebabkan
pengumpulan sel-sel kulit mati dan penebalan lapisan kulit yang akhirnya bertukar menjadi  berwana gelap dan hitam.


CARA MENGHILANGKAN DAN MENGATASI
-          Menggunakan produk pemutih yang mengandungi vitamin A,C dan E.
-          Anda perlu mengelak daripada menggunakan produk yang mengandungi agen pemutihan atau pengelupasan daripada bahan kimia seperti hydroquinone, asid dan sebagainya.
-          Pemprosesan putih ini boleh hilang tetapi memakan masa yang lama, mungkin dalam tiga hingga enam bulan untuk dilihat perubahannya.  
-          Produk seperti basuhan pati sirih dengan penyental secara lembut bagi membuaang sel-sel mati.
-          Menjaga kebersihan terutama di bahagian tersembunyi seperti lipatan di bawah payudara, ketiak dan di celah paha
-          Penggunaan panty liner dan seluar dalam dibuat dari kapas jika bahagian kemalian kerap basah akibat peluh dan mengeluarkan lender

No comments:

Post a Comment