Sunday, March 17, 2013

Kesan BMI yang tidak Ideal kepada Wanita--Bhgn 1


Masalah kesuburan atau infertile dialami oleh sesetengah wanita tiada bezanya dengan wanita yang tidak pernah mengandung iaitu punca dan rawatannya adalah sama.

Wanita yang mengalami masalah infertile sekunder dan punca utama kebiasaanya adalah masalh ovulasi. Ovulasi amatlah sensitive dengan kenaikan Jisim Indeks Tubuh (BMI) . kebanyakan wanita selepas bersalin berhadapan dengan masalah kenaikan berat badan yang mendadak sehingga berlaku kitaran haid yang tidak teratur.

 

KESAN PENINGKATAN BMI
Ia boleh mengakibatkan gangguan pada ovulasi. BMI yang
tinggi dikaitkan dengan sindrom polisistik ovary di mana terdapat banyak sista-sista kecil terkumpul di permukaan ovari.

Imbasan ultrasound menunjukkan pembentukan seperti kalung leher mutiara. Pesakit yang mengalami sindrom ini mempunyai kitaran haid yang tidak menentu serta sukar untuk hamil. Masalahnya adalah berpunca daripada terlebih hormone androgen yang dihasilkan  dari polisistik ovary.

RAWATAN
Ubat subur adalah salah satu daripada cara rawatan jika seseorang mempunyai sindrom polisistik jika mereka ingin mengandung. Selain daripada itu ada juga yang menggunakan ubat diabetes Metformin dan ada juga yang melakukan laparaskopi dan ‘ovarian drilling’ untuk hamil.

Seelok-eloknya masalah ini diajukan kepada doctor pakar untuk membantu anda hamil memandangkan kitaran haid masih lagi elok. Cara paling mudah untuk mengatasinya, anda perlulah menurunkan berat badan agar bacaan BMI anda menjadi ideal.

No comments:

Post a Comment