Sunday, March 17, 2013

Collagen apa itu?


APA ITU COLAGEN?

Kalagen atau Collagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Kolagen  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.



Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

1. Kolagen I terdapat
pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

2. Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

3. Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

4.Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

5.Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

FUNGSI DAN KEBAIKAN COLAGEN

KULIT
lysin,prolin dan glysin  yang terdapat di dalam collagen secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel. Menurut Dr. Eric F Bernstein University of Pennsylvania School of Medicine, collagen ini membentuk kira-kira 80% daripada berat kering kulit kita. Hydroxyprolin pula memberikan struktur kepada kulit dan bekerjasama denganelastin untuk membolehkan kulit mempunyai fleksibiliti untuk direngangkan dan mengambalikan semula keanjalan pada tisu penyokong serta menghalang penuaan.

BADAN
arginin membantu kita tidur  lebih nyenyak dan menghasilkan pola tidur. Bagi pesakit yang mempunyai masalah tidur mungkin ini pilihan lebih baik berbanding dengan mengambil pil tidur. Sesiapa yang mempunyai pola tidur yang cantik akan memberi kesan kepada kehidupan. Mereka akan sentiasa bersemangan dan ceria untuk mengharungi kehidupan yang berliku ini. Selain itu collagen mampu mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik. Tambahan pula collagen ini berfungsi menampung air dalam badan dan menyerap kalsium.

TULANG
Collagen mempunyai fungsi yang penting dalam tulang. Tulang manusia terdiri daripada campuran collagen dan mineral yang dipanggil sebagai hydroxyapatite. Kerjasama antara kedua-dua bahan ini dapat mengembalikan kekuatan tulang kita serta melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif.

DARAH
Collagen juga berfungsi menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit malah membentuk dinding darah urat. Ini memberikan kekuatan, struktur dan fleksibiliti salur darah yang diperlukan untuk mengangkut darah ke seluruh tubuh kita.

KESAN KEKURANGAN COLLAGEN KE ATAS BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

KESIMPULAN
Pada pendapat saya mudah sahaja. Kebaikan collagen ini lebih kepada kecantikan seperti memberi kesan kepada kulit kita dari yang bermasalah kepada satu tahap yang diharapkan oleh semua wanita. Dengan penggunaan yang berterusan akan mengecilkan pori-pori muka sekaligus dapat mengatasi masalah bintik – bintik hitam di muka terutama di hidung. Selain itu ia mebantu mengurangkan dan menghilangkan kedutan supaya muka kelihatan sentiasa awet muda. INGATAN kepada sesiapa yang mempunyai elergik kepada ikan dan seafood jangan sesekali mencubanya.

No comments:

Post a Comment