Monday, March 18, 2013

Kesan BMI yang tidak Ideal kepada Wanita--Bhgn 2


Pada artikel saya yang sebelum ini hanya menyentuhkan kadar bacaan BMI yang tinggi maka kali ini saya membawa penjelasan mengenai bacaan BMI yang kurang pula. BMI yang kurang ini bermaksud seorng itu terlalu kurus dan tinggi.

Kebanyakan wanita yang memiliki BMI yang tidak ideal akan mempengaruhi kitaran haid. Selain itu seseorang yang gemar dengan sukan lasak seperti climbing, berlari dan sebagainya yang melampau ia akan menganggu kitaran haid seperti didatangi haid hanya sekali setiap lima dan enam bulan. Hal ini disahkan oleh Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain.

 

MASALAH
Kitaran haid yang terlalu jarak ini dikenali sebagai amenorea sekunder. Amenorea sekunder ini didefinisikan sebagai tidak datang haid berturut-turut selama tiga hingga enam bulan bagi wanita yang kedatangan
haidnya tetap setiap bulan.

Amenorea sekunder berlaku kepada kurang 5% dan lebih 50% dalam kalangan yang aktif bersukan. Ini adalah disebabkan penggunaan anggota yang mampu mmberi tekanan kepada anggota dalaman.

PUNCA
-          Senaman yang melampau dalam kalangan ahli sukan
-          Berlebihan atau kekurangan berat badan (berat badan yang tidak ideal)
-          Mengalami tekanan perasaan yang teruk dan gangguan emosi
-          Pengambilan pelbagai jenis ubatan
-          Kesan sampingan apabila berhenti mengambil pilperancang keluarga
-          Mengalami sindram ovary polisistik
-          Gangguan horman

RAWATAN
Seperti penyakit lain anda perlu berjumpa dengan pakar untuk mengenalpasti punca sebenar. Doktor akan mengambil sejarah medical yang penuh seperti sejarah keluarga, pekerjaan, sejarah aktiviti seksual, gangguan emosi, perubahan berat badan dan sejarah perubatan yang lepas.

Seeloknya anda mengamalkan permakanan yang lengkap dengan mendapat bantuan pakar pemakanan bagi meningkatkan berat badan ke tahap ideal dengan cara yang betul.moga dengan inikitaran haid anda kembali normal.

No comments:

Post a Comment